Apa Itu Sistem Ekonomi

Sistem ekonomi merujuk kepada satu set institusi sosial yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkihdmatan dalam sesebuah masyarakat. Sistem ekonomi terdiri dari manusia dan institusi, termasuk hubungan mereka dengan sumber produktif seperti harta yang dimiliki. Sistem ekonomi cuba menyelesaikan masalah ekonomi melalui cara yang sistematik untuk pembahagian sumber yang terhad.
Contoh sistem ekonomi masa kini adalah:

1.Sistem Ekonomi Kapitalis. 
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.
Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunismePasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.
Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan ke-19 Masehi. Walaubagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan Saudagar Zaman Pertengahan. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian.

2.Sistem Ekonomi Sosialis.
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

Sejarah

Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.
Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.
Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.

Sosialisme dan komunisme

Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.
Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.

3. Sistem Ekonomi Campuran
Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya, ekonomi campuran mengandungi unsur kapitalisme dan sosialisme.
Tiada satu definisi untuk ekonomi campuran tetapi aspek penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian (termasuk pemilikan industri secara persendirian) bercampur aduk dengan ekonomi terancang (termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial, pemuliharaan alam sekitar, atau pemilikan aset atau sumber pengeluaran oleh negara).
Dari segi praktiknya, banyak negara daripada Amerika Syarikat kepada Cuba mengamalkan sistem ekonomi yang boleh ditakrifkan sebagai ekonomi campuran.

Apa Itu Ekonomi ?

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.
Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.
Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:
  • ekonomi mikro: yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.
  • ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peran pemerintah).
Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

Sains ekonomi

Sains ekonomi adalah pengetahuan ilmiah yang mempelajari tentang hubungan moral dengan manusia. Hubungan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya berupa aktiviti hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengedaran pendapatan. Pertanyaan klasik sampai saat ini belum dijawab oleh umat manusia adalah pertanyaan tentang dari mana datangnya keperluan manusia sehingga muncul apa yang disebut pertukaran dalam bentuk perdagangan?
Memang ekonomi merupakan salah satu misteri terbesar di dunia ini, kerana banyaknya kejadian-kejadian ekonomi yang luput dari kawalan para saintis. Satu hukum ekonomi yang ditemukan belum tentu boleh menjawab permasalahan yang muncul di masa akan datang. Jawapan yang selalu diusahakan oleh para saintis untuk mencuba menjawab pertanyaan tersebut adalah dengan menilik kepada konsepsi hakikat manusia.
Siapakah manusia itu? Hal ini merupakan pertanyaan asas sekaligus fundamental dalam mempelajari gejala-gejala ekonomi. Semua teori ekonomi membutuhkan gagasan dasar tentang manusia. Memang belum ada saintis yang mampu mengetahui dirinya sendiri secara sempurna sehingga dapat dijadikan patokan dalam merumuskan hakikat manusia.
Sebagai contoh Adam Smith sebagai pelopor bangkitnya ilmu ekonomi punya tanggapan tentang hakikat manusia yang berbeda dengan Aristotele dalam membangun teori ekonominya. Sains ekonomi juga sering disebut ilmu tentang moral karana ia muncul dari keperhatinan moral para ahli falsafah seperti Adam Smith, Karl Marx, F.A. Hayek, J.M. Keynes.
#Sumber: Wikipedia